26.9.13

Sabah Trip #3

*sambungan dari part 1 dan part 2*

Selepas kami check in dan settled down di apartment tu, kami pun mula bergerak ke Restoran Nelayan. Memang susah nak cari walaupun dah google jalan. Sampai tahap sesat gila lepas tu siap tanya pakcik guard satu kondo ni. Pakcik tu lukis jalan siap dan sampai jugak. Sebelum pergi kami memang dah telefon restoran tu dan dia kata diorang tutup pukul 11.00 malam. Sebab dah sesat apa semua, dalam pukul 9.00 malam kami sampai. Tapi yang terkilannya front desk cakap restoran akan ditutup pukul 10.00 malam sebab diorang ada event. Kitorang memang dah lapar sangat siap masuk angin perut hampir naik bengang sebab kenapalah tak bagitahu awal-awal nak tutup awal. Kalau tak, tak adalah sesat sesat sampai kemana hala. Last-last dia kasi juga masuk. Mula-mula kitorang nak set steamboat je, tapi dah alang-alang nak makan seafood, kitorang order lauk.

Dah nak order boleh pulak waitress cakap boleh makan sampai 9.30 je sebab nak tutup awal. Lagilah bengang. Argue punya argue, last-last boleh makan sampai pukul 10. Servis agak kurang memberangsangkan dan aku sedih. Warning siap-siap sini makanan dia mahal. Mahal gila. Takyah ceritalah berapa harga dia. Tapi kalau mahal pun servis baik, rasalah berbaloi kan.

Yang tengah tengok telefon tu kira orang kuat yang mempertahankan hak. Hmph!

Okay kalau nakgi makan jugak, order ni. Prawn with salted egg. Sedap kawww. Tapi yang tak bestnya, kita kena order minimum 300gram. Mengada.

Lalu kami pun pulang dengan hati yang hiba-hiba kenyang gitu. Tapi, orang lain still tak keluar-keluar lagi walaupun jam dah nak pukul 10.00 malam. Tak adil!

Tapi sebelum tu kitorang singgah di Filipino Wet Market dulu. Ingat nak beli souvenir, rupanya dah tutup jadi kitorang pun jenjalan sahaja di pasar tu. Aku tak suggestlah korang nak makan situ, unless ada orang tempatan yang bawak sebab aku tengok macam kurang hygenic tapi depends lah korang jenis perut kental, takdehal kot. Sini lebih macam pasar malam jelah.




4/9/13

Ni hari yang paling dinantikan selepas tidur malam yang bergusti hang aku, berebut selimut. Yelah satu selimut share 3 orang T.T

Kitorang bangun awal-awal sebab nak pulangkan kereta dan nak beli tiket. Kitorang pulangkan kereta di Jeseltton Point dan meneruskan acara selanjutnya yakni berenang-renang dengan ikan. Masa di jeti memang banyak sangat kaunter yang jual pakej-pakej. Tapi Rantau Memanjang ni jenis tak sabar so kitorang terus pergi kat satu kaunter ni. Tapi sebenarnya, kaunter-kaunter ni menwarkan pakej yang lebih kurang je harganya. 

Kitorang ambil pakej dari company Summer Cruise untuk 2 pulau dengan equipment untuk snorkeling. Untuk equipment dapat RM 15 untuk 3 barang yakni google, straw bernafas, dan life jacket. Untuk harga tiket dalam RM 31 tak termasuk conservation fee RM 3. Total nya semua RM 46 untuk island hopping.

Summer Cruise ni recommended lah sebab dia friendly. Dan berlesen. Penting ye benda ni sebab nanti Polis marin akan check bot kita, lesen drebar apa semua. Mula mula tour guy yang macam akan panggil-panggil kita tu nama dia Jai. Memang biasa dia akan panggil kau sayang so takyah syok sensorang. Dia memang baik dan sentiasa ingatkan kitorang bot akan depart pukul berapa apa semua. 8.45 a.m kitorang pun bertolak lah. Barang snorkeling pun dah dapat siap-siap masa di jeti. Senang takyah nak sewa-sewa lagi masa dipulau. 



First island, Manukan!


Manukan ni besar sebenarnya. Tak pasti pulak antara Manukan, Sapi dan Mamutik mana lagi besar tapi kalau dibandingkan dengan Sapi, Manukan lebih besar. Nampak tak different in colour gradient air laut tu? Tu tandanya perbezaan pentas laut, yang cerah tu lebih cetek, yang gelap tu lebih dalam...dan menakutkan. haha. 

Jujurnya, aku takutkan laut. Aku fobia. Fobia dengan ikan-ikan yang besar. Selalunya aku memang elak lah untuk masuk dalam Underwater World atau kolam ikan atau tempat berakuarium gigantic. No way, sekian terima kasih boleh pecah peluh jantan aku. Tapi sebab aku teringin sangat atas dorongan sahabat, aku gagahi.

Masa mula-mula sampai, sebab maklumlah semua gegel, maka rajinlah abang life guard menyapa. Ada cakap yang tak pandai berenang, ada yang cakap takut nak masuk. So si abang life guard ni nama dia Alex, pelawa untuk bawak kitorang masuk laut. Dia kata ada possibilty untuk nampak penyu tapi kena masuk dalam sikit. Last-last demi awek awek, Alex pun pi tukaq baju berenang. Alex pun ajak lagi seorang life guard untuk teman kitorang Azrin namanya (harap betul lah eja). Siap simpan barang lagi kat tepi pondok guard so that enam-enam awek RM boleh bersnorkeling bersama sehati sejiwa.



Dua orang ni pawer berenang, so diorang berkerja sebagai penarik Ilah yang hujung belah kanan sekali tu.

Pendek cerita, lepastu Alex bawak Ilah pi tengah laut, Azrin pulak bawak aku pegi tengok gamat. Lagi empat orang dibiar tengah laut. hahahahaha. 

Alex dan Ilah honeymoon dalam laut. zzzzz.

Azrin tunjuk gamat. Aku pun ohh ahh ohh ahh jelah walaupun cuak teruk. Waktu ni dah habis tour, so kitorang pergi lah dekat yang lain-lain. Ilah waktu ni dah hilang berhoneymoon. hahaha.

Waktu arus sangat kuat, sebab angin deras. Aku memang stamina out habis, so nak ke tengah laut tu, memang Azrin ni je yang tarik. Rasanya haritu saja aku dah bakar berpuluh ribu kalori T.T kesian lah guide minah tak berstamina ni. Waktu nak balik ke pantai lagilah teruk. Kena tolak dek arus sampai ke hujung zon snorkeling. Aku berpaut je dekat tali penanda zon tu dan almost give up. Si Azrin ni dah ke depan dan aku sorang-sorang kat belakang. Dahla fobia, kena tinggal pulak pastu letih. Aku keep on chanting, breathe breathe jela dalam kepala kengkonon feeling movie. Last last si Azrin ni kesian, dia tarik lah aku balik. huwaa.

Abang leman kita ni hipsterz sangat dia warna biru gemilang. Besar gila lebih besar dari tapak tangan kita.

Nilah photographer berbakat kami. Nampak tak google sebelah kiri tu ada air separuh? hahahahaha


Alex ada kata, kenapa island hop 2 pulau? Dia kata satu pun dah cukup. Spend je sehari suntuk. Sebab ikan yang ada dekat pulau lain pun ada dekat pulau ni, karang kat tempat lain pun ada kat sini. Kami pun speechless lalu membawa diri ke Pulau Sapi pulak. Overall, Manukan memang best, tapi kalau ada orang yang guide macam Alex dan Azrin nilah. Peramah dan suka nak tunjuk apa yang ada di pulau ni. Tapi kitorang lah yang skeptik sikit sebab kami ni perempuan semua takut kena tipu ke apa pulak. 11.45 pagi, bot pun datang nak ambil kitorang ke Sapi.




Kalau nak dibandingkan Sapi dan Manukan, Sapi ni lebih banyak karang dan lebih cetek. Arus dia pun kurang deras tak macam yang di Manukan. Tapi, dari segi kebersihan, Manukan lebih bersih dan lebih tenang. mungkin sebab masa kami sampai di Manukan pagi lagi, orang pun tak ramai. di Sapi ni ada kedai makan so dah penat berenang kitorang makan kat situ, lepas tu berenang balik kitorang pun balik. dalam pukul 4.30 macam tu, kitorang pun sampai di jeti. 


Tak tahulah korang nampak ke tak, tapi aku punya cuak, aku gigit benda straw bernafas tu sampai putus T.T Tapi aku sangat berbangga dengan diri aku sebab aku berjaya masuk dalam laut instead of menjadi penjaga beg di gigi air. *Pats shoulder*

Sebab kereta dah pulangkan, kami pun ambil teksi untuk balik ke rumah. Dari Jeseltton Point ke Apartment Api-Api, kami dicharge RM15, mahal sikit tapi katanya harga standard. Sebab disin tak banyak penduduk setempat guna teksi jadi pendapatan diorang bergantung dekat pelancong. Takpelah rezeki memasing.

Sebab malam kelmarin terkilan tak habis lagi, malam ni kitorang oergi seafood hunting lagi, tapi kali ni di Restoran Sri Melaka. Kitorang buat kering je jalan kaki. Baru backpackers. Hahaha. Tapi sebelum tu kitorang singgah waterfront dulu untuk tengok sunset. sini memang ramai gila orang tapi kebanyakkannya pelancong.

Ye aku memang buas. bye.



Lepastu kitorang pun menujulah ke Restoran Sri Melaka. Kat sini kitorang order Asam Pedas dia sebab aku dengan Bangmas baca kalau datang sini wajib try asam pedas dia. dan ye, memang sedap ala-ala nyonya. Asam Pedas ni tak pedas tapi cukup rempah ratus. Lepastu kitorang order sotong goreng tepung dan sayur pucuk manis. Orang kata sayur ni kena try sebab ada dekat Sabah je, so kitorang pun try. 


Nampak gigih tak order? haha bab makan ramah je bertanya. Total semua makan cuma RM85 je weh termasuk nasi dengan air bancuh-bancuh. Murah yang amat! 6 orang makan RM85 mano nak dapat?

Lepas tu kitorang pergi night market yang berdepan je dengan Restoran ni. Suggestion aku, korang shopping lah mutiara dekat sini, instead di PasarKraftangan yang bersebelah je dengan Filipino Market tu.  Sebab apa, sini lebih murah dan peniaga dia lebih friendly. Kalau nak yang mutiara berkualiti, beli lah yang mahal sikit. Pasar Kraftangan KK tu boleh jadi 2 kali ganda lebih mahal dari yang di night market ni so takyah nak teragak-agak nak berbelanja. Kalau tak, menyesal.



5/9/13
Kitorang pun bangun awal pagi tapi takde arah tuju nak kemana. Jadi kami decide untuk pergi dekat satu tenpat yang kami nampak masa mula-mula sampai di KK iaitu tempat ni



Kental tak kental kitorang jalan dekat 30 minit jugak nak sampai sini. Tempat ni betul betul depan Suria Sabah. For the sake of good pictures, sanggup jalan tengah panas.

On the way balik, kitorang singgah Pasar Kraftangan yang aku sebut tadi tu. Dan ye, mahal. haha. Tepi Pasar Kraftangan ni ada tempat jual ikan masin, ikan bilis apa semua tu so korang boleh sekali harung je nak membeli buah tangan basah.




Kitorang balik ke rumah, kemas dan check out. Untuk buang masa, kami pun pergi melepak si Centre Point. Lepas lunch, kami masuk Karaoke untuk habiskan masa. masing-masing dah penat sangat untuk meneroka KK. Dalam pukul 4 petang kami bertolak ke KKIA. Charge teksi RM25 untuk teksi biasa. 

Masa nak balik memang hujan lebat. Flight sepatutnya 8.10 malam tapi ditangguhkan jadi 9.15. Waktu tu memang nak mengamuk dengan orang ramai dengan bateri tak ada. Fuhh, betul-betul feeling perantau!

Nampak tak terjelepok macam mana, macam mana ramai orang?

Tammat pengembaraan 4 hari 3 malam di Sabah.

Gambar sumber FB Khalilah NaimShaza Amalina

*Part seterusnya adalah tips dan summary expenditure*






No comments:

Post a Comment

cuba cerita