23.9.13

Sabah Trip #1


*yang ini bukan cerpen-puisi. yang ini cerita pengalaman. hihi*

Assalamualaikum.
Semester baru dah mula. Dah resmi yang aku sekarang adalah anak Tahun Akhir dekat UM. Semester last belajar. Sebelum start semester, aku dan Kumpulan Rantau Memanjang  (RM) sesaja vacation ke Sabah. Tengok dunia sebelah sana. Dan betullah apa orang kata, kau akan jatuh cinta dengan Sabah bila dah jejak ke sana.

Untuk pengetahuan korang, RM dah rancang untuk kesana sejak dari Mei 2013. Tiket AirAsia kami tempah pada Mei dan return tiket hanya RM98 sahaja. Jadi, rajinkanlah untuk menjadi penunggu setia web AA untuk promosi-promosi baik punya. Kami travel as backpackers, memang handcarry je 7 kg seorang Cuma waktu balik je kami book extra luggage 20kg untuk 6 orang. Maklumlah pompuannnn kennnnnn.
Kami travel ber-enam. Semuanya wanita. Dan Alhamdulillah, selamat je sepanjang perjalanan dan yang penting, keselamatan kena jaga sentiasa dan berani. Kalau malu, sesat tak jumpa tempat padan muka rugi je masa korang.

2/9/13.
Kami check in melalui internet je siap-siap, senang. Flight pukul 8.10. waktu nak check in ni, ada masalah sikit. Kekna bawa beg luggage jenis tarik-tarik tu yang memang cukup-cukup 7kg. Tapi semasa lalu dekat tempat scan, ada pisau didetect dalam beg dia sedangkan kekna dah aware yang beg dia tak ada apa-apa. Aku mula-mula macam ingatkan pisau blade atau a plate of iron je. Bila discan lagi sekali, rupanya pisau Rambo yang macam nak bunuh orang tu. Masing-masing dah cuak sebab gate dah nak tutup. Dan bila cari pulak pisau tu tak jumpa. Habis bukak seluk merata poket tak jumpa. Akak polis tu memang dah lain macam muka dia dan berkeras mintak cari jugak. 3 kali scan semula tak jumpa-jumpa jugak. Akhirnya, perasan ada satu zip yang macam extension untuk beg dan rupanya ada dalam tu. 

Dan seriously, pisau tu kalau aku jadi polis pun aku takkan lepaskan beg tu sebab pisau macam nak bunuh orang T.T waktu tu kitorang dah berserah jelah nak ambil beg tu pun ambil jelah asalkan tak terlepas flight. Dah naik belon, belon pulak ada technical problem. Dah satu hal menunggu lagi dalam 15 minit untuk baiki.  Dalam 10.40 pagi, belon selamat touchdown. Disebabkan kami dah inform awal-awal pada abang kereta sewa yang flight delay, kereta pun sampai lambat sikit. Pada mulanya kami nak sewa kereta Avanza tapi Avanza dah habis jadi dia bagi Alza. Dan kawan, Alza save minyak gila. Dari Kota Kinabalu International Airport (KKIA) kami dapat kereta, terus menuju ke Kota Kinabalu.

Sampai di KK, semua dah lapar sangat dan singgah di Restoran Kak Nong sebab nampak macam ramai. Singgah dekat sini, semua okay dan RM pun order lah Nasi Ayam Kak Nong nama diberi. Dan Ya Allah, punyalah lama menunggu. Dahla masing-masing lapar dah masuk angin, sekali dengan air pun sampai lambat.
Nasi ayam ni sedap, ayam dia tu special dan lain dari yang lain sebab dia bakar dan kuah black pepper. Ada acar buah sikit. Ada sup semangkuk kecik (perlu ke bagitau?). Cuma part nasi dia tu memang tak boleh nak pergi sebab nasi dia macam pulut sikit. Mungkin pakai beras pulut kot. Rasa rempah-rempah sikit. Overall, kasi 4/5 bagi aku. Tapi makan tak habis jugak sebab perut masuk angin. Sayangnya rezekiiii T.T

 Nasi Ayam Special Kak Nong.

Dalam pukul 2.00 petang macam tu kami pun bergerak ke KUNDASANG! Kenapa huruf besar? Sebab hati aku sekarang dan selamanya, ada kat sana. Ewah melampau.

Jalan naik ke Kundasang, Hani take over pemanduan ke atas. Jalan dia macam nak naik ke Cameron Highlands, tapi tidaklah sesempit dan bersimpang siur bagai ular kena palu. Jarang jugak jumpa tanah runtuh macam jalan nak naik ke Bukit Fraser. It was a steady and Alhamdulillah, a safe drive. P/S, jangan lupa baca doa dan pakai seatbelt. Ewah (lagi).

Kitorang sampai dalam 4.00 petang macam tu dan alang-alang dah sejalan, kitorang singgah di Hotel kitorang dulu. Dah book siap-siap untuk satu malam melalui internet. RM 150/malam bilik untuk 5-6 orang.

By far, tempat ni best, selesa, view CANTIK GILA. Servis pun okay, tak ada kena charge kalau mintak extra selimut. Tapi bergantung kepada kadar customer la. Kalau full, susah sikit nak dapat extra barang-barang tu sebab limited. Dan hotel ni tengah dibesarkan. Ada Kebun strawberry kat atas tu tapi RM tak naik pun sebab sibuk kejar benda lain. Nak tengok stroberi, pi Cameron highland. This place, is recommended!.




Ni masa dekat hotel. Pukul 4.15 petang lebih kurang suhu baru 21.5 degree celcius centu sejuk mak aihhhhh.

Lepas tu, kami ke Desa Dairy Cattle Farm, Mesilau. Kalau kesini, boleh tengok lembu beratur nak makan sambil diperah susunya. Ada jual susu segar, susu kambing, aiskrim susu etc. tapi sedihnya time kitorang sampai, susu segar perisa original dah habis so beli susu coklat dan susu kambing. Pehhh susu kambing dia memang betul fresh siap bau kambing. Tapi habis jugak aku telan (tutup hidung ah).


Lembu beratoq nak makan sambil diperah susu.

Kat sini, memang bebetul kaki gunung dan view dia masyaAllah. Macam mana nak explain eh. Macam syurga. Taktahulah macam mana rumput kat syurga kalau rumput ka dunia pun dah gini cantiknya. Gahh. Bayaran masuk RM 4.00 seorang dan boleh bawak masuk keta. Jalan dia mencabar sikit sebab berbatu takde jalan tar. Kereta kalau nak sewa, make sure jenis tabah menghadapi dugaan ah. Tempat ni tutup pukul 5.00 tapi gate dorang tutup 5.30 petang kata Mak Cik Gate. Korang perlukan dalam 1 jam je kalau nak visit sini. Takyah spend masa banyak sangat.


View kinabalu memang clear sangat waktu dari tempat ni. Dan nasib kitorang kurang baik sikit jela sebab awan menutup puncak Kinabalu waktu ni. Waktu ni nak hujan-hujan manja. Tapi tak hujan sangat.


Ni salah satu view sepanjang perjalanan pergi-balik nak ke Mesilau ni. Cantiknya Tuhan sahaja yang tahu. Jalan dia berbukit sikit kat sini. Jangan bawak barang banyak dan kalau ada duit lebih, sewalah pacuan pat roda. Mesilau ni masih lagi dalam kawasan Kundasang. Dekat je dengan hotel kitorang. Jadi kami balik ke hotel pukul 5.15 macam tu dan settled down. 6.30 dah gelap. Pukul 7.00 malam dah rasa macam pukul 9.00 malam di semenanjung. 

Bab dinner aku malas nak cerita sebab macam mana tak sedap pun makanan tu, tak baik kita komplen kan. Susah sikit lah nak cari makan yang sedap dan boleh masuk tekak dekat sini maklumlah atas bukit bekalan pun mungkin kurang jadi, asal kenyang, jadilah. Bersukurrr.

3/9/13
Subuh awal disini, lebih kurang 4.45 pagi. Lepas Subuh, tidur balik merekot rekot. P/S, bawak stoking tebal, seluar panjang untuk tidur sebab kalau tak lutut hang beku. Sejuk piang. Aku terjaga pukul 6.30 dan bila tengok tingkap, aku starstruck. Kabus penuh kat bawah. Macam kau hidup atas awan. Macam doraemon. Terus aku kejut RM yang lain. Mangkit habis melompat nak snap gambar. Nak tunjuk dekat semua, dengan niat bukan nak menunjuk, niat nak berkongsi. Betapa Maha Besarnya Dia. Aku taknak balik. It remind me of Him more often than I did in Semenanjung. And I love this place because of that.
ada rasa teruja tak?

Elok dah sampai ke kereta, tayar kereta pulak baik punya flat. Pancit. Nasib baik ada bangmas yang pawer tukar tayar. Kalau harap ke aku, memang aku tolak jelah kereta. Macam-macam ragam, cari spare tayar tak jumpa, dah jumpa tayar, nat pulak tak boleh bukak sebab ketat sangat. Boleh bukak 2 je. Bayangkan 6 orang kitorang tak boleh nak bukak nat tu -.-‘ last sekali ikhtiar, aku dengan hani pergi tahan je kereta tepi jalan mintak tolong bukakan nat. sebab pakcik tu alang-alang nak ke pekan, kami mintak dia tunjukkan bengkel dan naiklah 4 orang kami atas pacuan pat roda Pak Cik Kebun.


Muka harus feeling tau ohh ni lah tempat pecah tuu.

Nampak tak kami anak beranak belakang tu. Feeling dangdut dok mano sangat.

Lepas tu, kami tak mandi terus pergi Kinabalu Park dengan harapan nak naik canopy walk dan rupanya bukan di gate situ. Salah gate. Kinabalu Park ni besar rupanya. Gate lagi satu lebih kurang 30-40 km dari Kundasang. Ahaks besarkan? Jadi alang dah sampai, kitorang naik jugaklah. Mula-mula jalan kaki tapi bila tengok tangga tinggi, kitorang naik Alza. Seorang RM3.00. Itu pun conservation fee. Apa salahnya. Dalam Kinabalu park ni, ada beberapa trail lebih kurang macam kau nak jungle trekking gitulah. Tapi sebab tak bersedia, kitorang jenjalan dengan kereta jelah. Macam biasa, view cantik dan kemhor jelah apa lagi. Kasi tunjuk anak cucu. Kalau korang banyak masa, aku galakkan bawaklah kasut trekking ke apa sebab jujurnya, aku rasa rugi tak try trail-trail dia. Trail dia pun range dari 500 meter ke 1 km macam tu.\



Ni salah satu macam view point dia. Charge bateri kemere siap-siap. P/S, jangan buang tiket ni, sebab boleh guna untuk naik canopy walk nanti, takyah bayar lagi. tempat ni pun perlukan dalam sejam macam tu untuk diterokai without any outdoor activities.

Jadi kami teruskan perjalanan ke Kundasang War Memorial dekat Pekan Kundasang. Tempat ini dibina bagi mengingati pejuang-pejuang Sabah, British dan Australia yang terkorban masa melawan Jepun. Tempat ni dipilih sebab dia dibawah lindungan bayang bayang Gunung Kinabalu. Terharu ah kalau aku tahu ada orang buat macam ni dekat aku. It was a very beautiful place, full of love and rememberance.



View dari war memorial ni. Cantik sangat nak nangis terharu. P/S, only 45 minutes to 1 hour needed untuk tour. Kecik je tempat ni. 

Untuk lunch, kami ke Pekan Kundasang dan beli KFC untuk lunch. I have a confession to make, awek Kundasang semua cantik-cantik T.T putih sangat kulit dia, mata besar-besar. Comel sangat sampai setiap tempat aku jumpa diorang, aku akan cuit member aku cakap cantiknyaaa cantiknyaaaaaa.

Yang mana belum mandi, mandi dulu dan kami check out dari hotel pukul 12.30 tengahari. Destinasi seterusnya, Canopy Walk!

-Akan Bersambung-

Gambar sumber FB Khalilah Naim, Shaza Amalina

13 comments:

  1. Replies
    1. ahha okay insyaAllah kak rai. ni share pun sebab mcm kot kot lah berguna dekat insan lain. haha.

      Delete
  2. best kan... dulu saya duk lohan (dari ranau nk ke hot spring akan lalu pekan lohan) almost 3 months pun rasa tak cukup... taknak balik, tapi balik gak sebab mak piat telinga kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa rasanya ingat Lohan tu kat mana sebab masa jalan nakgi Ranau terserempak dengan nama tempat ni terus cam pehh..Lindsay Lohannnnnn.. haha Sabah memang one of the place that i fell in love with. Terengganu dah jatuh tempat kedua ah. rindu Kundasang. masa kat sana cakap kat member lain, takde ke mamat Kundasang nak ajak aku kawen tinggal kat sini? lol sangat.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice entry and sharing...will be there in nov..

      Delete
    2. ahh Good Luck ya! pergi berapa hari?

      Delete
  4. enak btl la baca penulisan kamu ni.. menampakkan diri kamu jenis yg cool..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. ms kat kundasang 2 korg stay katne eh?

    ReplyDelete
  7. hang cool betul...aku suka hang...

    RA

    ReplyDelete

cuba cerita