Untuk masuk ke sini, kami hanya
perlu tunjukkan tiket Kinabalu Park yang kami beli pagi tadi tu. Dalam Kinabalu
Park ni ada Mata Air Panas, ke Poring apa tah nama dia series aku terlupa.
Inilah rupa air panas tu. Sebelum naik ke tempat canopy walk tu, kita akan lalu dekat air apans ni.
Takyah bayar jugak untuk masuk sebab semua ni dalam Kinabalu Park tu. Kira pakej lah. Kami
juga diberitahu yang kami boleh melawat bunga Rafflesia yang tengah kembang
sekarang. Lebih kurang 2-3 minit perjalanan dengan kereta. Bayaran yang
dikenakan katanya RM 20 seorang. So kitorang pun menolak lah sebab macam kena
tipu jek. Haha. Kalau satu kereta RM 20 okay lah jugak. Dahtu pakai kereta
kitorang so, kitorang pun meneruskan perjalanan mencari Canopy Walk.
Lebih kurang macam nilah perjalanan naik nak ke canopy walk tu. Jadi pakailah kasut atau sandal yang selesa ya.
Cerita tak berapa nak kelakar,
aku dan beberapa orang RM bersiap kemain sebab ingatkan Canopy Walk t uterus
ada depan mata takyah nak memanjat dah, rupanya hmmm kena memanjat jugak
around10-20 minit perjalanan. Karubi siap pakai pencil skirt uols. Hahahaha.
Nasib baik takde pacat. Kat sini. Memang AHMAYZINGGGGG. Pokok-pokok yang
jambatan digantung tu sangat tinggi. Besar lebih kurang 2-3 pemeluk jugaklah,
ke besar lagi. Sayang sangat dekat hutan ni, dan sedihnya kalau pokok-pokok ni
kena tebang.
Ni jelah gambar kitorang Rantau Memanjang yang cukup semua dalam gambar. Aku kat depan sekali tu, Kekna, Karubi, Ilah, Bangmas dan Hani.
Bangmas macho si penukar tayar.
Tinggi jambatan ni berbeza beza.
Ada yang lebih 50 meter tinggi jugaklah aku rasa. Memang menggeletar lutut bagi
yang gayat tu.
Kat bawah ada sungai. Ngaaa best
gila. Aku nak duduk sini taknak balik!
Kat sini ada charge yang kena
bayar untuk camera. Kitorang bayar untuk satu camera je. Satu camera RM 5.
Sebenarnya diorang tak check pun, tapi ikut tahap kejujuran korang ah nak
menipu ke apa. Tapi apa salahnya bayar kan, dah benda share-share.
Habis kat sini, kitorang pun bertolak
ke Sabah Tea Plantation, Ranau. Ranau ni lebih kurang 30-40 km dari Kundasang.
Kira atas lagi la, tapi Ranau ni tak sesejuk Kundasang. Biasa je cuaca dia.
Jalan dia teruk sikit nak naik ke atas. Berbatu dan berbukit-bukit sikit.
Kitorang pun order kah the satu jag, minum beramai-ramai. Teh dia sedap, keras.
Ewah. Tapi, kalau nak dibandingkan, Cameron Highlands lagi cantiklah kebun dia.
Jadi, aku sarankan kalau Korang terlebih lebih masa, datanglah kesini. Kalau
tak, takyah pun takpe. Kat sini ada rumah panjang tapi korang tak boleh masuk
dalam lah. Tak ada charge dikenakan. Tapi sebab kitorang rushing, kami balik
jelah.
Dalam pukul 3 lebih kami bertolak
balik dan ingat nak singgah Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik.
Dalam perjalanan balik, kami
singgah Pekan Nabalu untuk beli cenderamata buat keluarga dikampung. Kat sini
cuak sikit sebab banyak anjing. Lulz. Tapi akak tu kata anjing-anjig ni bertuan
so, kitorang pun jalan dengan penuh watlek watpis.
Habis kedai kakak tu kami kecah pilih t-shirt. Dekat sini dapatlah t-shirt I LOVE SABAH tu dalam RM15 sehelai. okay lah kan.
Malam di Kundasang tu Mak aku call, kata cari Buah Cinta sebab buah ni cuma ada di Kundasang sahaja. Aku tak pasti lah betul ke tidak tapi cari jelah.
Ni dalam kabus T.T
Ni pulak second stop.
Yng ni third stop. Yang ni punya view memang tak tahu nak cerita. Yang ni paling agung, paling awe.
Sampai di KK dalam 6.30 lebih. Kiranya kami sampai di KK waktu tu dah maghrib lah. tak sempat nak singgah di Tamparuli dan rumah terbalik. Kitorang terus check in di rumah kedua di KK iaitu Apartment Api-Api yang betul betul berhadapan dengan shopping mall Centre Point Sabah. Memang strategik tempatnya. Kat bawah tu ada MCD, mamak, 7-E. Kira lengkap lah.
Apartment ni ada 2 bilik, 2 toilet dan satu dapur. Kedua-dua bilik dan living room fully aircond. TV pun okay ada astro tak salah aku. memang recommended sebab rumah nid ekat dengan segala tempat. Kira sesuai untuk backpackers yang fitrahnya kena berjalan jugak. Rumah ni semalam RM150. Kami sewa untuk 2 malam. Seorang bayar RM 50 sahaja.
hawa... cpt la sambung part 3.. adam tak sabar nk baca... hehe... adam nk berkenalan dgn hawa boleh? jgn marah hawa.. adam gurau..
ReplyDeleteRA ..:poop:
ko nak tampo ye karubi?
ReplyDelete