22.6.13

ya,
begini rupanya rasa kalah
begini rupanya rasa dibelot

rasanya tajam, mulanya,
akhirnya pedih, membisa.

cuba diraih mana tombol untuk dipimpin,
kiri kanan depan belakang,
nyatanya kosong berlantai landai
selama ini aku duduk memeluk lutut
memegang dada
yang bagai mahu luruh
pandangnya hanya dihujung jari kaki.

bila dikalih rupanya habis semua sudah maju,
tinggal aku; tinggal aku.

rupanya bila dilibas deria kiri kanan, meraba,
semua sudah layut meninggi,
tinggal aku; tinggal aku.

langkahku kebas
keras, tiada bertuntas - hatta sedikit.

kerana kasih aku tidur didalam mimpi kosong bertutup tempurung.
lupa bagaimana bebasnya menjadi burung.

tidak mengapa, tidak mengapa.
aku kutip setiap sakit satu-satu,
lalu ku ubah menjadi semangat,
anak rantau juangnya tak mungkin habis,
semangat sang Mahsuri tertusuk keris;pada roh dan jasad aku serapkan.

jatuh kita bangunkan,
tangis kita keringkan,
malu kita selindungkan,
tongkat kita kukuhkan,
jalan kita kejapkan.

kalau rebah, merangkak,
menyulur atau apa sahaja,
semoga esok yang lebih baik,
yang sentiasa dihadapankan
membawa aku yang patah kaki tangannya,
ke hari esok yang lebih baik,
yang Dia janjikan.

lalu jangan bimbang wahai hati-hati yang patah.



No comments:

Post a Comment

cuba cerita