22.6.13

ya,
begini rupanya rasa kalah
begini rupanya rasa dibelot

rasanya tajam, mulanya,
akhirnya pedih, membisa.

cuba diraih mana tombol untuk dipimpin,
kiri kanan depan belakang,
nyatanya kosong berlantai landai
selama ini aku duduk memeluk lutut
memegang dada
yang bagai mahu luruh
pandangnya hanya dihujung jari kaki.

bila dikalih rupanya habis semua sudah maju,
tinggal aku; tinggal aku.

rupanya bila dilibas deria kiri kanan, meraba,
semua sudah layut meninggi,
tinggal aku; tinggal aku.

langkahku kebas
keras, tiada bertuntas - hatta sedikit.

kerana kasih aku tidur didalam mimpi kosong bertutup tempurung.
lupa bagaimana bebasnya menjadi burung.

tidak mengapa, tidak mengapa.
aku kutip setiap sakit satu-satu,
lalu ku ubah menjadi semangat,
anak rantau juangnya tak mungkin habis,
semangat sang Mahsuri tertusuk keris;pada roh dan jasad aku serapkan.

jatuh kita bangunkan,
tangis kita keringkan,
malu kita selindungkan,
tongkat kita kukuhkan,
jalan kita kejapkan.

kalau rebah, merangkak,
menyulur atau apa sahaja,
semoga esok yang lebih baik,
yang sentiasa dihadapankan
membawa aku yang patah kaki tangannya,
ke hari esok yang lebih baik,
yang Dia janjikan.

lalu jangan bimbang wahai hati-hati yang patah.



26.3.13



The Messenger of Allah (pbuh) said, "He who is victorious over his passion at the time of anger is the strongest among you. He who forgives having the power to release (his anger and take revenge) is the most patient among you"


i am the strongest, i will be the strongest.

14.2.12

malam kenangan

kalau dibilang yang malam ini malam mengenang,
mahukah kamu turut dayung
perahu kenangan di sungai masa?
arusnya deras sedikit
kerana kita menginjak, menongkah
mencari alir waktu disungai lebar.

kalau dibilang yang malam ini malam mengenang,
mahukan kamu menjadi
pasangan, menari lincah?
mengatur langkah depan ke belakang,
lalu jauh hilang
menapak di lantai usang.

tapi apa kata,
kita duduk; simpuh sila, apa sahaja,
angkat cawan, lalu
menghargai.

terima kasih Tuhan, silam itu hadiah paling bijak mengajar saya.
saya dilahirkan di daerah yang mana,
kurang itu anugerah.

saya dibesarkan di daerah yang mana,
apa adanya itu mewah.

hingga besar,
mula tahu sayap ini bisa dilebar,
saya buka langkah.
oh dunia ini bukan yang disangka-sangka.
sayap sangkut,
pada tiang,
lalu jatuh ditengah hutan batu.

nah disitu saya tahu.

wang itu sekadar not-not,
yang dicetak bikin sesetengah hati jadi megah
lalu lupa, pada siapa yang menganugerah.